Monday, August 15, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Ramadan datang lagi...dan kebanyakan pemancing mula menggantung pancing. Tapi ramai juga yang coba melepaskan "gian" memancing di kolam berbayar atau parit (mancing puyu dan haruan).

Bagi wak...ramadan adalaha masa untuk mendekatkan diri padaNYA. Sehampir-hampirnya dan semua peralatan digantung sementara. Walaubagaimanapon ...untuk melepaskan "gian" wak cuma melawat "kolam berbayar berhampiran tempat wak" ...... tgok member2 yg "rentung" atau "bangau" atau "aiskrim" ( istilah pemancing yg xdapat ikan). Nampaknya dibulan puasa ni...ikan kat Kolam Bagan ,Batu Pahat dan juga di Pt. Sakai ,Muar berpuasa jugak. Banyak ikan di masukkan tapi kurang yang makan pancing......

Monday, April 25, 2011

MUSIM MENCADAT SOTONG BERMULA...


Wak ni tak pandai bab ni..minat tu ada nak pegi mencandat..tapi maklumlah sejak dua menjak ni tenaga dah kurang nak jalan jauh. Katanya tempat paling elok mencandat di KT. Dan waktunya dari bulan Mac hingga Jun.. wak pon tak berapa pasti...

Cuma wak nak kongsi jer..bagi pen"candat baru" ..petikan artikel cara mencandat sotong.

Umpan tiruan yang digunakan ada beberapa jenis di antaranya;

1.Candat Twist:

  • candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya.
  • Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru.
  • Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline.
  • Tidak perlu mengunakan perambut.
  • Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan.
  • Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum.
  • Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan :

  • berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat.
  • Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu.
  • Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang.
  • Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung.
  • Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

CANDAT APPOLO

3.Candat Udang:

  • Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti).
  • Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.
  • Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar.Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.


Saturday, February 5, 2011

KAMPUNG TELAGA NENAS DAN SEGARI

Dah lama wak tak update blog ni...BUKAN xder idea..tapi sibuk sikit pasal nak pencen ni..keja banyak sikit. Tapi wak nak ceritakan sikit pengalaman wak selama 4 hari memancing di 2 tempat berasingan iaitu di Kg. Telaga Nenas dan Teluk Senangin...

Pada hari Ahad 31 Januari 2011 wak bersama adek dan anak wak membawa keluarga untuk memancing di Kg. Telaga Nenas. Dengar cerita ramai yang telah menaikkan siakap dan kerapu disana.
Adek wak (Janggut) telah menempah Azhar Charlet selama 2 mlm.. Kami sampai di Azhar Charlet jam 9.00 pagi selepas singgah di Kg Setiawan utk membeli udang hidup. Kami pun check in.
Adek wak tak sabar-sabar nak melabuhkan pancing, melalui pengalaman, beliau pernah menaikkan 4 ekor kerapu dekat jeti.
Bagi wak ..pemandangai di Kg Telaga nenas memang indah dengan penduduk yg mesra dan sekali pandang masih lagi belum tercemar dengan pengaruh luar..

Jeti Kampung Telaga Nenas

Isteri Wak menikmati pemandangan di depan Chalet

Adek wak (Janggut ) bersama isteri, memancing di jeti

Isteri wak sedang menyiang ikan untuk masakan tengah hari

Selama 3 hari dua mlm kami disini agak membosankan. Tiada tangkapan memuaskan yang dapat dinaikkan. Hanya gelama dan ikan seridin.
Malam pertama kami menjala udang dan hasilnya memuaskan. Ada jugak dapat udang yang besar (tuaheh...."kata org muar") yang dapat dinaikan. Sehingga kol 4 pagi mancing.....hanya gelama sebenar 2 jari yang dapat dinaikkan.
Hari kedua kami mencari kepah untuk dibuat lauk...maklumlah bekalan yg dibawa hanya ikan sardin. Kami mengharapkan tangkapan yg memuaskan tapi malangnya hujan lebat menghalang kami memancing.......
Dari Kiri : Adek ipar wak,Janggut adek wak dan ewan anak wak
Hasil kepah bersama sambal udang amat menyelerakan . Malam kedua wak menjala dapat udang hampir sekilo bersama seekor ikan kerapu sebesar lengan.

Isteri dan anak wak menunggu pancing dimakan ikan
(amat membosankan)

Isteri menaikkan ikan gelama....

Selama 3 hari 2 mlm amat membosankan. Cuma mungkin wak datang salah langkah kerana hujan dan airnya sejuk. Ramai nelayan yang memasang pukat pun pulag dengan tangan kosong kecuali pada hari pertama sebelum hujan ada nelayan yang membawa pulang siakap.
Satu perkara yang wak rasa kurnag menyenangkan ketika memancing dan bermalam disini....terdapat terlalu banyak lalat dan juga nyamuk. Wak pun xtau lalat yang terlalu banyak datang dari mana..........begitu juga nyamuk.
Pada keseluruhannya wak rasa "trip" ke kampung Telaga Nenas ni adalah "kali pertama dan terakhir".

Pada jam 11.00 pagi 2 Feb. kami check out dan bertolah ke Teluk Senangin. Adek wak singgah di Kampung Setiawan beli udang untuk umpan......

Mendirikan Khemah di Teluk Senangin

Waktu wak sampai disini bersama adek wak (janggut) dan keluarga..air baru nak pasang. Kami sama-sama mendirikan khemah serta menyediakan unggun api. Mulanya kami tidak bercadang untuk bermalam tetapi memandangkan keadaan air yang cantik ditambah pula anak wakyang masih belajar di UTP Tronoh nak join sama, maka wak ambil keputusan untuk bermalam.



Kawasan memancing

Mendirikan khemah bersama anak-anak

Selepas mendirikan khemah semua turun padang memancing. Hingga senja wak cuma dapat sekor kerapu bersaiz sederhana. Menjelang malam kami coba lagi tapi malangnya hujan turun dengan lebat. Semuanya masuk ke khemah. Oleh kerana terlalu lebat khemah wak dan isteri dimasuki air. Nasib baik hanya hujan yang turun, kalau ada angin...pasti kami basah kuyup.

Tepat jam 2.30 pagi hujan mula reda...semua masih didalam khemah. Dengan semangat yg membara wak melabuhkan pancing menggunakan "udang hidup". Mungkin nasib wak baik.....
tak sampai 5 min. umpan diragut dan mulalah pertarungan dan wak berjaya menaikkan seekor siakap putih 1.5kg . Semua yg berada dlm khemah keluar memancing.......
Hingga jam 4.00 pagi mata mula mengantuk. Wak masuk tidur di ikuti anak2 wak.

Jam 6.00 pagi...isteri wak mengejutkan wak untuk solat subuh. Wak bangun..capai pancing...dan ambil umpan udang hidup. Waktu tu...udang hanya tinggal 3 ekor saja. waktu tu air mulai surut..Wak baling ditempat yang sama spt tangkapan pertama tapi kali ni wak pakai dua mata pada seekor udang hidup.......dan...................meletup lagi..kali ni...belum sempat batu jejak ke lantai laut....umpan dah dilarikan.... Alhamdullilah wak berjaya naikkan juga dalam masa tak sampai 10 min. Wak gunakan joran murah (daiwa) dan mesen Toman RM 36.00 dan biasa 20 pound.

Anak wak (kanan: Firdaus) dan rakannya Ismail
( bersama siakap yang wak dapat)

Pada keseluruhan....trip ke Teluk Senangin "memuaskan" dgn tangkapan 2 ekor kerapu, 2 ekor siakap, ketam, bolos, selar kuning dan belanak (menjala).

Petang tu kami pulang ke Taman U di Teronoh dan malamnya makan besar di Restoran Selera Kampung. 2 ekor siakap menjadi korban "sweet sour".


Tuesday, March 30, 2010

CUTI....MANCING KATA PERAK PLAK


Ni anak wak yang no 3 bersama Moksu dia ( Isteri wak janggut adek wak.)

Dah lama wak tak citer...sibuk sikit.
Cuti sekolah yang lepas wak berpeluang mancing lombong kat Tanjung Tualang, Ipoh, Perak.Tempatnya ok..tapi panas, xder pokok-pokok langsung. Wak sampai kat pukul 10 pagi tapi dah ramai org yang datang....cuma ikannyer ajer lom naik.
Wak mancing kat situ tak sampai 1 jam cuma dpt 7 eko lampam jawa......kiu,kui,kui.



Yang ni makwer wak....kaki pancing puyu dan keli sawah kat Kesang, Sg. Rambai Melaka.


Tak puas hati mancing kat situ...ptg tu wak lepas gian mancing kat Sungai Perak...kat Bota Kanan.Tempatnya ok...redup dan selesa...cuma kat sini ikannya kurang makan...tapi kalau nak makan besau-besau.



Ni gambo mancing kat Bota Kanan. Sebelah anak wak tu kawan dia dari Setiawan datang ke Bota cuma nak mancing.............



Ni ikan yang wak naikkan jam 12.00th mlm. Ewan ( anak wak no 3 dan adeknyer Fir no 4 belajar di UTP ) Semua nyer kaki mancing tapi ewan pakar mancing udang sungai Muar.

Monday, February 8, 2010

HOMEMADE LURE



Seperti yang wak janjikan...wak upload sebahagian daripada hasil kerja tangan wak membuat "umpan palsu". Kerja2 ini biasanya wak buat pada waktu malam sambil menonton TV. Peralatan yang wak gunakan ialah;

1. NT Cutter saiz besar - (RM 3.00 )
2. Mini Carving Tools - ( RM 10.00 )
3. Pembuat lubang - Guna besi payung lama
4. Kayu lembut
5. Kertas Pasir
6. Gergaji Kecil
7. Cat "Spray" (aerosol).
8. Varnish (Lecquer)
9. Pensil atau pen
10. Pen Cat
11. Paku Tekan (Thumtax)
12. Gam

Seperti yang wak katakan semalam...ukiran berdasarkan kepada gambar2 lures yang berlambak di internet. Ukiran dibuat secara "freehand" cuma pada masa2 tertentu wak terpaksa melakar dan kemudian membentuk mengikut gambar yang di dld di internet.
Setelah medapat bentuk yang dikehendaki barulah digosok dengan kertas pasir, disapu gam dan dbiarkan kering. Selepas kering , digosok sekali lagi supaya permukaan nya rata selepas itu...barulah di "spray" dengan cat mengikut kehendak atau gambar yang hendak kita tiru. Wak akan tunjukkan "step by step" prosesnya nanti. Setakat ini wak dah hasilkan lebih daripada 100 bentuk dan bersedia untuk digunakan. Ada 3 jenis yang wak telah hasilkan iaitu untuk air masin, air tawar (top and bottom) dan fly fishing.

..........sambungan

Bahan-bahan yang digunakankan adalah bahan-bahan kos murah. Yang mahal adalah cat spray (RM5.50 1 tin) yang lain kosnya murah sahaja. Pada mula membuatnya agak sukar tetapi selepas beberapa kali....nampak mudah.
Ketika "memVarnish" hendaklah dibuat beberapa kali...skurang2nya 3 atau 4 lapis supaya apabila "umpan" terkena kayu,tunggul atau batu , cat tidak mudah tanggal. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian....."ring" penyangkut mata dan kekili hendaklah ditanam dengan kukuh. Gunakan "eproxy" untuk menguatkannya. Wak gunakan eproxy yang murah jer...harga RM 2.00....tapi bleh tahan.

Sunday, February 7, 2010

UMPAN PALSU



Dah lama wak tak update blogs ni. Sibuk sikit. Awal tahun ngan hujung tahun memang sibuk. Hujung tahun biasanya penutup dan bersedia dengan laporan dan SKT. Awal tahun sibuk dengan budget dan mesyuarat. Walaubagaimanapun wak tetap ngan aktiviti memancing tapi kali ni wak sibuk membuat "umpan palsu" Wak memang x pandai menggunakan umpan ni...tapi bila lihat kat youtube..mat salleh gunakan ...memang hebat. Bila wak ke kedai pancing .. harganya...mak datok...bukan main mahal lagi..jadi wak bercadang nak buat sendiri. Hujung bulan Sept 2009 wak telah mencoba membuatnya dengan meniru apa yang ada kat internet....dan kemudian wak uji di lombong kat Tronoh dan juga di pantai Telok Senangin. Tapi masih lagi gagal menaikkan ikan walaupon ada tindakbalas...maksudnya ikan makan tapi x kena.

Wak ambil keputusan .. sebelum pencen wak nak coba buat lebih banyak lagi. Pada penghujung bulan Dec 2009 wak telah membawa contoh-contoh yang wak buat ke kedai pancing di Muar. Tujuan asal nak beli mata 3 dan kemudian nak "tawar" umpan palsu yang dijual dikedai. Oleh kerana mahal..wak cabar towkey tu...wak kata kalau setakat mcam ni wa pon buleh buat.....(geram). Akhirnya wak tunjukkan yang wak dah buat....."tokey geleng kepala:. Lepas tu wak bagi dia satu...buat pancing toman.
Nanti wak naikkan gambar-gambar yang sebenar hasil dari kerja tangan yang wak dah lakukan. jangan terkejut plak...sbb ianya xler secantik maner.....cuma ianya akan diuji pada Tahun Baru Cina ni di lombong kawasan Tronoh.

Contoh-contoh dan bentuk yang wak buat berdasarkan pada gambar-gambar yang terapat diinternet. Semuanya handmade dan TIDAK menggunakan mesen. Cat wak gunakan "spray" biasa dan kemudian di celup dengan varnish.

Monday, July 27, 2009

MANCING HARUAN

Dah lama benar x turun mcing udang. Kat sini musim hujan...lebat lak tu.. Nasib baik perahu kat atas...dah lama x tengok.
Mancing haruan syok jugak tapi pat x syok tu bila nak pasang umpan ......kui kui kui...pakai katak.....baunyer....subhannaullah.

Nanti wak naikkan gambo ikan yang wak dapat. Semalam wak mcing jugak, dekat kol 7.00ptg..dapat seko jer.....besau jugak..

Haruan liar memang banyak kat Kesang Tasik. Kalau setakat besar lengan org dewasa memang bersepah tapi xnak makan umpan. Yg anehnya ikan toman kat situ besar peha....

........nanti wak sambung

Monday, June 22, 2009

MINGGU REHAT....




Minggu ni wak rehat mcing. Penat gi kebun. Ni gambo anak wak ketika mcing kat Serom. Gambo bawah ini ketika mcing kat lombong di Tronoh....dpt ikan "are'". Kalu orang sini panggil ikan rohu.


Dah seminggu ni air sungai kat serom kurang elok. Kawan wak mcing kat jambatan no 2 dapat kat 3kilo...mcing cuma 3jam jer. Tapi udangnya sedang-sedang ajer.

Wednesday, June 17, 2009

CITER LAMA LAGII....

Menurut cerita yang empunya cerita.....air sungai kotor kerana pembuangan sisa kotoran dari sebuah logi penapis air yang terlebih campuran bahan klorin ke dalam sungai...,banyak anak udang yang mati(udang gantung). Ini juga menyebabkan pemancing-pencancing udang "rentong" sejak dua minggu lalu. Tetapi katanya di kawasan Parit Jarom dan mula pulih.....,kawasan Serom masih teruk lagi.
Kawasan Sabak Aur pula masih ada udang....tapi di Pt. Karang "udang gantung dan udang beras dah mula tak banyak".

Minggu depan wak nak ke Lumut dan mungkin mcing kat lombong di Taman U, Tronoh....itupun kalau jadi. Nak cuba pakai cacing dan anak udang. Syok juga layan lampam dan merah mata kat Taman tu. Kalau ada masa nak ke Jambatan Tengku Bainun....Cuma wak gian nak mancing Udang negeri Perak....bukan apa, banyak negeri wak dah pergi sampai ke Sarawak, wak dah naikkan udang tapi di udang Perak wak belum naikkan lagi................

Sunday, June 14, 2009

KELI AFRIKA....



Sabtu dan Ahad wak mancing lagi. Konon nak cari udang untuk bekalan adek dan anak wak di KL. Hancus.....,2 hari mancing dapat 20 eko ajer. Keli Afrika 4 ekor.
Minggu ni air kurang cantik di kawasan serom ,belemang dan sungai mati. Di pt. Jarom air cantik dan ada yang gasak sampai 4 kilo. Wak memang xbiasa mcing disana.....suasananya lain....

Hari Sabtu wak mancing ngan Mak Datin isteri wak. Air sungai keruh sangat...tapi oleh kerana mak datin nak sangat cari udang untuk anak d KL, kami turun jugak. Jam 8.00pagi bertolak dari jeti Serom....

Monday, June 8, 2009

MANCING LAMPAN....

Sabtu lepas 6 Jun 2009 wak mancing kat lombong di Kawasan Taman Sri Iskandar, Tronoh. Lumayan jugak. Banyak betul species kat kolam tu. Dapatlah wak layan lampam, merah mata, selat, baung dan ikan katong. Cuma wak nak ingatkan member-member kaki pancing kat sana tu yang selalu "rentong".............gunalah umpan tradisi, xpayah nak bancuh dedak sampan naik cagu kuku tu...tapi ikan xdpt.

Ikan kat lombong tu tiap hari makan udang dan anak ikan.....itu makanan tradisi...jadi kita pemancing mesti peka bab tu....oleh itu pakai ajer anak udang atau anak ikan...xpayah pakai dedak.

Boleh juga pakai dedak....untuk panggil ikan. Kalau mancing di Kolam Tadahan Macap kat Air Hitam...memang guna dedak untuk panggil ikan sebesar dulang air....itu wak pernah tengok, tapi wak buat xjadi.

Wak mancing kat kolam di Tronoh tu 3 hari.....test ajer. Kat kolam kedua wak test dapat ikan talapia hampir sekola setengah. Umpan anak udang jer....

Tips mancing lombong.
1. Pakai mata kecil dan kepakkan sikit
2. Umpan anak udang...letakkan 3 hingga 5 ekor.
3. Gunakan batu no 3 atau 4.
4. Jika waktu pagi ikan biasanya berada di kawasan tengah tau tepi lebih kurang 10 kaki dari gigi air. Jika tengahari ikan kat bawah rumput atau ditengah-tengah.
5.Guna dedak untuk panggil ikan....setelah dibuat "laman",gunakan anak udang atau cacing.


Selamat mencuba.

Sunday, May 31, 2009

MANCING UDANG......

Semalam wak mcing udang di Sungai Serom. Air nampaknya cantik dan ramai pemancing2 dari luar daerah datang kesini. Tapi sayang air terlalu sejuk dan udang kurang agresif untuk makan.


Turun dengan berbekankan anak udang dan 9 batang joran. Wak dan isteri mulanya berhenti di "port" biasa untuk memasang umpan sambil "test" di "port" situ. Biasanya tempat tu kalau ada udang memang xpernah "miss". Tapi malangnya x seko pon yang wak dapat.



Wak pindah p'port" baru di Kuala Serom 4, dapatlah udang kecil. Mak Aji Isteri wak dapat besar sikit. Kami pindah lagi dibeberapa "port", dan akhirnya wak dapat juga naikan 4 eko sepit kuning (sedang) dan beberapa eko yang kecil. Mak aji...dpt seko sepit kuning dan yang lain kecil.

Pada keseluruhannya wak dapati air sejuk dan penggunaan perambut dan umpan yang tidak sesuai menyebabkan wak xdpt bnyk. Kawan2 yang dari luar daerah ramai yang "rentong". Nak dapat sekilo pon payah.

Antaran panduan mcing bila air sejuk;
1. Bawa umpan yang berbau cth perumpun atau cacing yang telah diberi mkan kuning telor dan tanahnya dgaul dengan daun limau purut.
2. Perambut mestilah panjang..hampir 2 jengkal.
3. Beberapa batang joran hendahlah digantung di tepi perahu...maksudnya batu tidak jejak ke dasan supaya umpan berbuai.
4. Lontar ketengah sungai...seberapa jauh yang mungkin. Udang besar akan merayap ditengah sebab air didasar sungai lebih panas.

Akhirnya wak balik jam 12.45th dengan 1.2kilo bersama mak aji. Hari Rabu ni wak mcing lagi.....

Monday, May 25, 2009

MANCING UDANG......



Jam 1.45thari, adek wak dari KL dtg rumah ngan isterinya. Wak ajak gi mancing. Kalau ikut musim udang memang ada kat Sungai Muar. Wak turun kat Serom Panggong ngan adek wak. Isterinya gi jugak mcing ngan anak wak yang no: 2, mcing puyu kat sawah Kesang.

Sampai Jeti wak tenggok air macam teh susu...tapi oelh kerana gian sangat wak ngan adek turun jugak. Setelah belepas dari jeti wak rasa air sungai....rasa mcam air batu...sejuk dan berkeladak.

Wak memang agak udang memang payah nak dapat.wak pakai umpan akan udang yang baru wak tangguk di Parit Karang. Tapi melalui pengalaman dan mengetahui selok belok udang....wak gagah juga menongkah harus...kerana waktu air surut. Pada "port" pertama" wak cuma dapat seko jer....Pindah "port" kedua xdapat dan adek wak punya pancing asek sanggkut jer.

Trip kali ni wak cuba nak ajor adek cara mcing udang dlm keadaan air keruh...itu jer.
Pada akhirnya kami cuma dapat naikkan "galah 3 eko" , "seko sepit kuning (adek wak naikkan), yang lain udang telur dan yang kecil.

Tip wak adalah.....(mancing jika air keruh).

1. Guna mata sais 1 atau 2 (yang besar)
2. Umpan anak udang/ikan rainbow/umpun2.
3. Perambut mestilah panjang (sekurang-kurangnya 2 jengkal)
4. Guna batu sais 4 tau 5

Jika guna 5 atau 6 batang joran. 2 batang digunakan berhampiran dengan bot(perahu)dan digantung, maksudnya batunya tidak jejak pada dasar. 3 atau 4 btg lagi di lontar ke tengah sungai "bertangga" (jauh,sepa jauh dan dekat).

Bila ada usikan kali pertama....biarkan. Kali kedua atau ketiga baru sentap (bukan sembat mcam ikan) supaya "mata sais besar mengena pd mana2 bahagian udang". dan kemudian layan. Ingat! Udang galah tidak akan ada reaksi bila kita tarik (mcam tarik sampah).....bersedia jika sudah sampai kepermukaan...tarikannya amat mengenjutkan...hati2 dan layan dengan baik.

Selamat mencuba.

...4.15 PETANG


Baru jumper gambar ni untuk tatapan saja.

TIMBANG GETAH ARI NII....


Hari ni hari gaji...ramai yang senyum dan xkurang jugak yang masam. Senyum sbb dapat duit,kantung ddah kering. Masam kerna bnyk bayar hutang,,,kantong kering balik.

Citer udang lagi....
Ptg smlm turun mcing jam 1.30 thari. bali Jam 5.00ptg . Dpt 3 eko galah 1 sepit kuning dan yang lain kecik. Penat nak mampus...rasa nak patah pinggang. Air sungai terlampau sejuk dan berkeladak...keruh mcam air teh terlebih susu. Udang plak makan mcam dah pandai....umpan senang2 habis...joran xbergerak.

Sunday, March 22, 2009

23.03.09 ISNIN

Jenuh dan penat. 2 hari mcing dapat 2 kilo ajer. Kalau udang jer xperlah..ni campur ngan ikan baung. Fedup pon ader.... yg pelik nya, wak sorang jer yang dapat bnyk ikan ...orang lain, semua dpt udang smpai 4 kilo.
Nak kata umpan salah...wak bawak udang fresh ngan umpun2. Nak kata "parking" salah..wak park pakai sauh....dekat ngan org yg dpt 4.5kilo. Habis pehal plak???

Ni yg nak wak cerita...........

Hari Sabtu lepas wak turun kat Pengkalan bisa....menyusur ke hilir menghala ke kuala sungai muar. Ambik masa lama sikit..kat 1 jam 20 min baru sampai pot yang bnyk udang.
Pastu wak parking cantik.............tetiba..adalah satu "mahluk" sudakh tolak sampan....pelik dan aneh...?????

stop

Tuesday, March 10, 2009

RABU 11.03.09


Ari ni wak nak citer pengalaman wak mcing udang besama mak datin kat sungai muar.

Mak datin bila nak ikut wak mcing pagi-pagi lagi dah bangun...siapkan sarapan dan bekalan untuk pegi mcing.Wak pula siapkan perkakasan mcing.
1. Umpan 2 jenis ( Udang beras atau udang kertas) dan umpun2
2. Sangkar udang - 1
3. Batang Pancing 10 btg
4. Mata pancing spare,parang, ubat-ubatan
5. Life jacket
6. Sauh
7. Enjin 4 kuda

Perjalanan biasanya bermula lepas subuh jam 6.30pagi. Sampai pengkalan lebih kurang 20 minit. Dah siap wak bertolak keluar jeti dan rasa air sungai dulu. Pastu tengok arus.Biasanya wak ikut arus kerana udang akan hanyut ikut arus

Monday, March 9, 2009

SELASA 10 MAC 2009


Dah tiga hari x nulis. Ari ni nulis balik....dan dah 3 hari gi mcing udang kat sungai muar. Alhamdullilah macam2 dapat. Konon nak belanja member...aper kan daya dapat sikit saha...cuma untuk tetamu khas jer. Ari ni jugak sds brngkrl....udsng tu dpt jugsk di bsgi psds penceramah.
Petang ni...sambung pulak nak basuh perahu dan cat sikit lagi.
Kat Muar ni ari2 hujan....
Mood pun sejuk nak nulis. Kepala lak sakit....

Thursday, March 5, 2009

JUMAAT 06/03/2009



Xder citer menarik ari ni. Cuma mlm tadi x dpt tido...hingga jam satu masih terkebil-kebil. Layan maknya pon alah kadar jer...xleh layan abis.....,mak jer yg game.
Citer udang lagi best..
Dah siap buat perambut untuk mcing udang esok.
Kat c ni, mcing udang kena pakai mcam2 jenis perambut. Ada yang pakai mata dua peramput kat sehasta. Yang pai perambut satu jengkal pon ader...bergantung kepada keadaan air. Kalau keruh dan berlumpur kena pakai perambut panjang, kalau x umpan masuk lumpur dan udang x nampak.
Sekarang ni umpan yang terbaik ialah ikan rainbow dan udang. Kalau pakai cacing , sah RENTONG sebab air mula masin ,udang air masin x pandang cacing. Kalau umpun2.....bnyaklah dapat yang besar2 ibu jari. Gelama dan ikan kurau janggut.............pon bnyak. Ikan duri x usah citer...

Nak lagi elok...pakai udang jer...beri kat jalan bakariah RM 3.00 kalau mcing setengah hari. Kalu x....beli RM 5.00.

Wednesday, March 4, 2009

KHAMIS 3.30PTG 04/03.2009

Baru ni teringat nak betulkan bar atas. Cuma buat utk sementara ajer. Terlalu sibuk dengan kerja hinggakan x tau yang maner satu nak buat. Ptg ni kat pej.ada mesy matematik....sibuk kat atas tu...,al maklum sana sini sibuk pasal PPSMI. Kita keja kerajaan ikut ajer tugas yang diamanahkan. Nak sibuk2 kita mentimun...mereka semua durian....jgn cari pasal.

Citer udang dan ikan lagi baik. Kui kui kui.....

Esok sambung...ptg ni letih ,xder mood.....