Saturday, February 5, 2011

KAMPUNG TELAGA NENAS DAN SEGARI

Dah lama wak tak update blog ni...BUKAN xder idea..tapi sibuk sikit pasal nak pencen ni..keja banyak sikit. Tapi wak nak ceritakan sikit pengalaman wak selama 4 hari memancing di 2 tempat berasingan iaitu di Kg. Telaga Nenas dan Teluk Senangin...

Pada hari Ahad 31 Januari 2011 wak bersama adek dan anak wak membawa keluarga untuk memancing di Kg. Telaga Nenas. Dengar cerita ramai yang telah menaikkan siakap dan kerapu disana.
Adek wak (Janggut) telah menempah Azhar Charlet selama 2 mlm.. Kami sampai di Azhar Charlet jam 9.00 pagi selepas singgah di Kg Setiawan utk membeli udang hidup. Kami pun check in.
Adek wak tak sabar-sabar nak melabuhkan pancing, melalui pengalaman, beliau pernah menaikkan 4 ekor kerapu dekat jeti.
Bagi wak ..pemandangai di Kg Telaga nenas memang indah dengan penduduk yg mesra dan sekali pandang masih lagi belum tercemar dengan pengaruh luar..

Jeti Kampung Telaga Nenas

Isteri Wak menikmati pemandangan di depan Chalet

Adek wak (Janggut ) bersama isteri, memancing di jeti

Isteri wak sedang menyiang ikan untuk masakan tengah hari

Selama 3 hari dua mlm kami disini agak membosankan. Tiada tangkapan memuaskan yang dapat dinaikkan. Hanya gelama dan ikan seridin.
Malam pertama kami menjala udang dan hasilnya memuaskan. Ada jugak dapat udang yang besar (tuaheh...."kata org muar") yang dapat dinaikan. Sehingga kol 4 pagi mancing.....hanya gelama sebenar 2 jari yang dapat dinaikkan.
Hari kedua kami mencari kepah untuk dibuat lauk...maklumlah bekalan yg dibawa hanya ikan sardin. Kami mengharapkan tangkapan yg memuaskan tapi malangnya hujan lebat menghalang kami memancing.......
Dari Kiri : Adek ipar wak,Janggut adek wak dan ewan anak wak
Hasil kepah bersama sambal udang amat menyelerakan . Malam kedua wak menjala dapat udang hampir sekilo bersama seekor ikan kerapu sebesar lengan.

Isteri dan anak wak menunggu pancing dimakan ikan
(amat membosankan)

Isteri menaikkan ikan gelama....

Selama 3 hari 2 mlm amat membosankan. Cuma mungkin wak datang salah langkah kerana hujan dan airnya sejuk. Ramai nelayan yang memasang pukat pun pulag dengan tangan kosong kecuali pada hari pertama sebelum hujan ada nelayan yang membawa pulang siakap.
Satu perkara yang wak rasa kurnag menyenangkan ketika memancing dan bermalam disini....terdapat terlalu banyak lalat dan juga nyamuk. Wak pun xtau lalat yang terlalu banyak datang dari mana..........begitu juga nyamuk.
Pada keseluruhannya wak rasa "trip" ke kampung Telaga Nenas ni adalah "kali pertama dan terakhir".

Pada jam 11.00 pagi 2 Feb. kami check out dan bertolah ke Teluk Senangin. Adek wak singgah di Kampung Setiawan beli udang untuk umpan......

Mendirikan Khemah di Teluk Senangin

Waktu wak sampai disini bersama adek wak (janggut) dan keluarga..air baru nak pasang. Kami sama-sama mendirikan khemah serta menyediakan unggun api. Mulanya kami tidak bercadang untuk bermalam tetapi memandangkan keadaan air yang cantik ditambah pula anak wakyang masih belajar di UTP Tronoh nak join sama, maka wak ambil keputusan untuk bermalam.



Kawasan memancing

Mendirikan khemah bersama anak-anak

Selepas mendirikan khemah semua turun padang memancing. Hingga senja wak cuma dapat sekor kerapu bersaiz sederhana. Menjelang malam kami coba lagi tapi malangnya hujan turun dengan lebat. Semuanya masuk ke khemah. Oleh kerana terlalu lebat khemah wak dan isteri dimasuki air. Nasib baik hanya hujan yang turun, kalau ada angin...pasti kami basah kuyup.

Tepat jam 2.30 pagi hujan mula reda...semua masih didalam khemah. Dengan semangat yg membara wak melabuhkan pancing menggunakan "udang hidup". Mungkin nasib wak baik.....
tak sampai 5 min. umpan diragut dan mulalah pertarungan dan wak berjaya menaikkan seekor siakap putih 1.5kg . Semua yg berada dlm khemah keluar memancing.......
Hingga jam 4.00 pagi mata mula mengantuk. Wak masuk tidur di ikuti anak2 wak.

Jam 6.00 pagi...isteri wak mengejutkan wak untuk solat subuh. Wak bangun..capai pancing...dan ambil umpan udang hidup. Waktu tu...udang hanya tinggal 3 ekor saja. waktu tu air mulai surut..Wak baling ditempat yang sama spt tangkapan pertama tapi kali ni wak pakai dua mata pada seekor udang hidup.......dan...................meletup lagi..kali ni...belum sempat batu jejak ke lantai laut....umpan dah dilarikan.... Alhamdullilah wak berjaya naikkan juga dalam masa tak sampai 10 min. Wak gunakan joran murah (daiwa) dan mesen Toman RM 36.00 dan biasa 20 pound.

Anak wak (kanan: Firdaus) dan rakannya Ismail
( bersama siakap yang wak dapat)

Pada keseluruhan....trip ke Teluk Senangin "memuaskan" dgn tangkapan 2 ekor kerapu, 2 ekor siakap, ketam, bolos, selar kuning dan belanak (menjala).

Petang tu kami pulang ke Taman U di Teronoh dan malamnya makan besar di Restoran Selera Kampung. 2 ekor siakap menjadi korban "sweet sour".


No comments: