Monday, August 15, 2011

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Ramadan datang lagi...dan kebanyakan pemancing mula menggantung pancing. Tapi ramai juga yang coba melepaskan "gian" memancing di kolam berbayar atau parit (mancing puyu dan haruan).

Bagi wak...ramadan adalaha masa untuk mendekatkan diri padaNYA. Sehampir-hampirnya dan semua peralatan digantung sementara. Walaubagaimanapon ...untuk melepaskan "gian" wak cuma melawat "kolam berbayar berhampiran tempat wak" ...... tgok member2 yg "rentung" atau "bangau" atau "aiskrim" ( istilah pemancing yg xdapat ikan). Nampaknya dibulan puasa ni...ikan kat Kolam Bagan ,Batu Pahat dan juga di Pt. Sakai ,Muar berpuasa jugak. Banyak ikan di masukkan tapi kurang yang makan pancing......

Monday, April 25, 2011

MUSIM MENCADAT SOTONG BERMULA...


Wak ni tak pandai bab ni..minat tu ada nak pegi mencandat..tapi maklumlah sejak dua menjak ni tenaga dah kurang nak jalan jauh. Katanya tempat paling elok mencandat di KT. Dan waktunya dari bulan Mac hingga Jun.. wak pon tak berapa pasti...

Cuma wak nak kongsi jer..bagi pen"candat baru" ..petikan artikel cara mencandat sotong.

Umpan tiruan yang digunakan ada beberapa jenis di antaranya;

1.Candat Twist:

  • candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya.
  • Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru.
  • Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline.
  • Tidak perlu mengunakan perambut.
  • Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan.
  • Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum.
  • Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan :

  • berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat.
  • Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu.
  • Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang.
  • Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung.
  • Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

CANDAT APPOLO

3.Candat Udang:

  • Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti).
  • Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.
  • Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar.Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.


Saturday, February 5, 2011

KAMPUNG TELAGA NENAS DAN SEGARI

Dah lama wak tak update blog ni...BUKAN xder idea..tapi sibuk sikit pasal nak pencen ni..keja banyak sikit. Tapi wak nak ceritakan sikit pengalaman wak selama 4 hari memancing di 2 tempat berasingan iaitu di Kg. Telaga Nenas dan Teluk Senangin...

Pada hari Ahad 31 Januari 2011 wak bersama adek dan anak wak membawa keluarga untuk memancing di Kg. Telaga Nenas. Dengar cerita ramai yang telah menaikkan siakap dan kerapu disana.
Adek wak (Janggut) telah menempah Azhar Charlet selama 2 mlm.. Kami sampai di Azhar Charlet jam 9.00 pagi selepas singgah di Kg Setiawan utk membeli udang hidup. Kami pun check in.
Adek wak tak sabar-sabar nak melabuhkan pancing, melalui pengalaman, beliau pernah menaikkan 4 ekor kerapu dekat jeti.
Bagi wak ..pemandangai di Kg Telaga nenas memang indah dengan penduduk yg mesra dan sekali pandang masih lagi belum tercemar dengan pengaruh luar..

Jeti Kampung Telaga Nenas

Isteri Wak menikmati pemandangan di depan Chalet

Adek wak (Janggut ) bersama isteri, memancing di jeti

Isteri wak sedang menyiang ikan untuk masakan tengah hari

Selama 3 hari dua mlm kami disini agak membosankan. Tiada tangkapan memuaskan yang dapat dinaikkan. Hanya gelama dan ikan seridin.
Malam pertama kami menjala udang dan hasilnya memuaskan. Ada jugak dapat udang yang besar (tuaheh...."kata org muar") yang dapat dinaikan. Sehingga kol 4 pagi mancing.....hanya gelama sebenar 2 jari yang dapat dinaikkan.
Hari kedua kami mencari kepah untuk dibuat lauk...maklumlah bekalan yg dibawa hanya ikan sardin. Kami mengharapkan tangkapan yg memuaskan tapi malangnya hujan lebat menghalang kami memancing.......
Dari Kiri : Adek ipar wak,Janggut adek wak dan ewan anak wak
Hasil kepah bersama sambal udang amat menyelerakan . Malam kedua wak menjala dapat udang hampir sekilo bersama seekor ikan kerapu sebesar lengan.

Isteri dan anak wak menunggu pancing dimakan ikan
(amat membosankan)

Isteri menaikkan ikan gelama....

Selama 3 hari 2 mlm amat membosankan. Cuma mungkin wak datang salah langkah kerana hujan dan airnya sejuk. Ramai nelayan yang memasang pukat pun pulag dengan tangan kosong kecuali pada hari pertama sebelum hujan ada nelayan yang membawa pulang siakap.
Satu perkara yang wak rasa kurnag menyenangkan ketika memancing dan bermalam disini....terdapat terlalu banyak lalat dan juga nyamuk. Wak pun xtau lalat yang terlalu banyak datang dari mana..........begitu juga nyamuk.
Pada keseluruhannya wak rasa "trip" ke kampung Telaga Nenas ni adalah "kali pertama dan terakhir".

Pada jam 11.00 pagi 2 Feb. kami check out dan bertolah ke Teluk Senangin. Adek wak singgah di Kampung Setiawan beli udang untuk umpan......

Mendirikan Khemah di Teluk Senangin

Waktu wak sampai disini bersama adek wak (janggut) dan keluarga..air baru nak pasang. Kami sama-sama mendirikan khemah serta menyediakan unggun api. Mulanya kami tidak bercadang untuk bermalam tetapi memandangkan keadaan air yang cantik ditambah pula anak wakyang masih belajar di UTP Tronoh nak join sama, maka wak ambil keputusan untuk bermalam.



Kawasan memancing

Mendirikan khemah bersama anak-anak

Selepas mendirikan khemah semua turun padang memancing. Hingga senja wak cuma dapat sekor kerapu bersaiz sederhana. Menjelang malam kami coba lagi tapi malangnya hujan turun dengan lebat. Semuanya masuk ke khemah. Oleh kerana terlalu lebat khemah wak dan isteri dimasuki air. Nasib baik hanya hujan yang turun, kalau ada angin...pasti kami basah kuyup.

Tepat jam 2.30 pagi hujan mula reda...semua masih didalam khemah. Dengan semangat yg membara wak melabuhkan pancing menggunakan "udang hidup". Mungkin nasib wak baik.....
tak sampai 5 min. umpan diragut dan mulalah pertarungan dan wak berjaya menaikkan seekor siakap putih 1.5kg . Semua yg berada dlm khemah keluar memancing.......
Hingga jam 4.00 pagi mata mula mengantuk. Wak masuk tidur di ikuti anak2 wak.

Jam 6.00 pagi...isteri wak mengejutkan wak untuk solat subuh. Wak bangun..capai pancing...dan ambil umpan udang hidup. Waktu tu...udang hanya tinggal 3 ekor saja. waktu tu air mulai surut..Wak baling ditempat yang sama spt tangkapan pertama tapi kali ni wak pakai dua mata pada seekor udang hidup.......dan...................meletup lagi..kali ni...belum sempat batu jejak ke lantai laut....umpan dah dilarikan.... Alhamdullilah wak berjaya naikkan juga dalam masa tak sampai 10 min. Wak gunakan joran murah (daiwa) dan mesen Toman RM 36.00 dan biasa 20 pound.

Anak wak (kanan: Firdaus) dan rakannya Ismail
( bersama siakap yang wak dapat)

Pada keseluruhan....trip ke Teluk Senangin "memuaskan" dgn tangkapan 2 ekor kerapu, 2 ekor siakap, ketam, bolos, selar kuning dan belanak (menjala).

Petang tu kami pulang ke Taman U di Teronoh dan malamnya makan besar di Restoran Selera Kampung. 2 ekor siakap menjadi korban "sweet sour".


Tuesday, March 30, 2010

CUTI....MANCING KATA PERAK PLAK


Ni anak wak yang no 3 bersama Moksu dia ( Isteri wak janggut adek wak.)

Dah lama wak tak citer...sibuk sikit.
Cuti sekolah yang lepas wak berpeluang mancing lombong kat Tanjung Tualang, Ipoh, Perak.Tempatnya ok..tapi panas, xder pokok-pokok langsung. Wak sampai kat pukul 10 pagi tapi dah ramai org yang datang....cuma ikannyer ajer lom naik.
Wak mancing kat situ tak sampai 1 jam cuma dpt 7 eko lampam jawa......kiu,kui,kui.



Yang ni makwer wak....kaki pancing puyu dan keli sawah kat Kesang, Sg. Rambai Melaka.


Tak puas hati mancing kat situ...ptg tu wak lepas gian mancing kat Sungai Perak...kat Bota Kanan.Tempatnya ok...redup dan selesa...cuma kat sini ikannya kurang makan...tapi kalau nak makan besau-besau.



Ni gambo mancing kat Bota Kanan. Sebelah anak wak tu kawan dia dari Setiawan datang ke Bota cuma nak mancing.............



Ni ikan yang wak naikkan jam 12.00th mlm. Ewan ( anak wak no 3 dan adeknyer Fir no 4 belajar di UTP ) Semua nyer kaki mancing tapi ewan pakar mancing udang sungai Muar.

Monday, February 8, 2010

HOMEMADE LURE



Seperti yang wak janjikan...wak upload sebahagian daripada hasil kerja tangan wak membuat "umpan palsu". Kerja2 ini biasanya wak buat pada waktu malam sambil menonton TV. Peralatan yang wak gunakan ialah;

1. NT Cutter saiz besar - (RM 3.00 )
2. Mini Carving Tools - ( RM 10.00 )
3. Pembuat lubang - Guna besi payung lama
4. Kayu lembut
5. Kertas Pasir
6. Gergaji Kecil
7. Cat "Spray" (aerosol).
8. Varnish (Lecquer)
9. Pensil atau pen
10. Pen Cat
11. Paku Tekan (Thumtax)
12. Gam

Seperti yang wak katakan semalam...ukiran berdasarkan kepada gambar2 lures yang berlambak di internet. Ukiran dibuat secara "freehand" cuma pada masa2 tertentu wak terpaksa melakar dan kemudian membentuk mengikut gambar yang di dld di internet.
Setelah medapat bentuk yang dikehendaki barulah digosok dengan kertas pasir, disapu gam dan dbiarkan kering. Selepas kering , digosok sekali lagi supaya permukaan nya rata selepas itu...barulah di "spray" dengan cat mengikut kehendak atau gambar yang hendak kita tiru. Wak akan tunjukkan "step by step" prosesnya nanti. Setakat ini wak dah hasilkan lebih daripada 100 bentuk dan bersedia untuk digunakan. Ada 3 jenis yang wak telah hasilkan iaitu untuk air masin, air tawar (top and bottom) dan fly fishing.

..........sambungan

Bahan-bahan yang digunakankan adalah bahan-bahan kos murah. Yang mahal adalah cat spray (RM5.50 1 tin) yang lain kosnya murah sahaja. Pada mula membuatnya agak sukar tetapi selepas beberapa kali....nampak mudah.
Ketika "memVarnish" hendaklah dibuat beberapa kali...skurang2nya 3 atau 4 lapis supaya apabila "umpan" terkena kayu,tunggul atau batu , cat tidak mudah tanggal. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian....."ring" penyangkut mata dan kekili hendaklah ditanam dengan kukuh. Gunakan "eproxy" untuk menguatkannya. Wak gunakan eproxy yang murah jer...harga RM 2.00....tapi bleh tahan.

Sunday, February 7, 2010

UMPAN PALSU



Dah lama wak tak update blogs ni. Sibuk sikit. Awal tahun ngan hujung tahun memang sibuk. Hujung tahun biasanya penutup dan bersedia dengan laporan dan SKT. Awal tahun sibuk dengan budget dan mesyuarat. Walaubagaimanapun wak tetap ngan aktiviti memancing tapi kali ni wak sibuk membuat "umpan palsu" Wak memang x pandai menggunakan umpan ni...tapi bila lihat kat youtube..mat salleh gunakan ...memang hebat. Bila wak ke kedai pancing .. harganya...mak datok...bukan main mahal lagi..jadi wak bercadang nak buat sendiri. Hujung bulan Sept 2009 wak telah mencoba membuatnya dengan meniru apa yang ada kat internet....dan kemudian wak uji di lombong kat Tronoh dan juga di pantai Telok Senangin. Tapi masih lagi gagal menaikkan ikan walaupon ada tindakbalas...maksudnya ikan makan tapi x kena.

Wak ambil keputusan .. sebelum pencen wak nak coba buat lebih banyak lagi. Pada penghujung bulan Dec 2009 wak telah membawa contoh-contoh yang wak buat ke kedai pancing di Muar. Tujuan asal nak beli mata 3 dan kemudian nak "tawar" umpan palsu yang dijual dikedai. Oleh kerana mahal..wak cabar towkey tu...wak kata kalau setakat mcam ni wa pon buleh buat.....(geram). Akhirnya wak tunjukkan yang wak dah buat....."tokey geleng kepala:. Lepas tu wak bagi dia satu...buat pancing toman.
Nanti wak naikkan gambar-gambar yang sebenar hasil dari kerja tangan yang wak dah lakukan. jangan terkejut plak...sbb ianya xler secantik maner.....cuma ianya akan diuji pada Tahun Baru Cina ni di lombong kawasan Tronoh.

Contoh-contoh dan bentuk yang wak buat berdasarkan pada gambar-gambar yang terapat diinternet. Semuanya handmade dan TIDAK menggunakan mesen. Cat wak gunakan "spray" biasa dan kemudian di celup dengan varnish.

Monday, July 27, 2009

MANCING HARUAN

Dah lama benar x turun mcing udang. Kat sini musim hujan...lebat lak tu.. Nasib baik perahu kat atas...dah lama x tengok.
Mancing haruan syok jugak tapi pat x syok tu bila nak pasang umpan ......kui kui kui...pakai katak.....baunyer....subhannaullah.

Nanti wak naikkan gambo ikan yang wak dapat. Semalam wak mcing jugak, dekat kol 7.00ptg..dapat seko jer.....besau jugak..

Haruan liar memang banyak kat Kesang Tasik. Kalau setakat besar lengan org dewasa memang bersepah tapi xnak makan umpan. Yg anehnya ikan toman kat situ besar peha....

........nanti wak sambung