Monday, February 8, 2010

HOMEMADE LURE



Seperti yang wak janjikan...wak upload sebahagian daripada hasil kerja tangan wak membuat "umpan palsu". Kerja2 ini biasanya wak buat pada waktu malam sambil menonton TV. Peralatan yang wak gunakan ialah;

1. NT Cutter saiz besar - (RM 3.00 )
2. Mini Carving Tools - ( RM 10.00 )
3. Pembuat lubang - Guna besi payung lama
4. Kayu lembut
5. Kertas Pasir
6. Gergaji Kecil
7. Cat "Spray" (aerosol).
8. Varnish (Lecquer)
9. Pensil atau pen
10. Pen Cat
11. Paku Tekan (Thumtax)
12. Gam

Seperti yang wak katakan semalam...ukiran berdasarkan kepada gambar2 lures yang berlambak di internet. Ukiran dibuat secara "freehand" cuma pada masa2 tertentu wak terpaksa melakar dan kemudian membentuk mengikut gambar yang di dld di internet.
Setelah medapat bentuk yang dikehendaki barulah digosok dengan kertas pasir, disapu gam dan dbiarkan kering. Selepas kering , digosok sekali lagi supaya permukaan nya rata selepas itu...barulah di "spray" dengan cat mengikut kehendak atau gambar yang hendak kita tiru. Wak akan tunjukkan "step by step" prosesnya nanti. Setakat ini wak dah hasilkan lebih daripada 100 bentuk dan bersedia untuk digunakan. Ada 3 jenis yang wak telah hasilkan iaitu untuk air masin, air tawar (top and bottom) dan fly fishing.

..........sambungan

Bahan-bahan yang digunakankan adalah bahan-bahan kos murah. Yang mahal adalah cat spray (RM5.50 1 tin) yang lain kosnya murah sahaja. Pada mula membuatnya agak sukar tetapi selepas beberapa kali....nampak mudah.
Ketika "memVarnish" hendaklah dibuat beberapa kali...skurang2nya 3 atau 4 lapis supaya apabila "umpan" terkena kayu,tunggul atau batu , cat tidak mudah tanggal. Satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian....."ring" penyangkut mata dan kekili hendaklah ditanam dengan kukuh. Gunakan "eproxy" untuk menguatkannya. Wak gunakan eproxy yang murah jer...harga RM 2.00....tapi bleh tahan.

No comments: