Sunday, February 7, 2010

UMPAN PALSU



Dah lama wak tak update blogs ni. Sibuk sikit. Awal tahun ngan hujung tahun memang sibuk. Hujung tahun biasanya penutup dan bersedia dengan laporan dan SKT. Awal tahun sibuk dengan budget dan mesyuarat. Walaubagaimanapun wak tetap ngan aktiviti memancing tapi kali ni wak sibuk membuat "umpan palsu" Wak memang x pandai menggunakan umpan ni...tapi bila lihat kat youtube..mat salleh gunakan ...memang hebat. Bila wak ke kedai pancing .. harganya...mak datok...bukan main mahal lagi..jadi wak bercadang nak buat sendiri. Hujung bulan Sept 2009 wak telah mencoba membuatnya dengan meniru apa yang ada kat internet....dan kemudian wak uji di lombong kat Tronoh dan juga di pantai Telok Senangin. Tapi masih lagi gagal menaikkan ikan walaupon ada tindakbalas...maksudnya ikan makan tapi x kena.

Wak ambil keputusan .. sebelum pencen wak nak coba buat lebih banyak lagi. Pada penghujung bulan Dec 2009 wak telah membawa contoh-contoh yang wak buat ke kedai pancing di Muar. Tujuan asal nak beli mata 3 dan kemudian nak "tawar" umpan palsu yang dijual dikedai. Oleh kerana mahal..wak cabar towkey tu...wak kata kalau setakat mcam ni wa pon buleh buat.....(geram). Akhirnya wak tunjukkan yang wak dah buat....."tokey geleng kepala:. Lepas tu wak bagi dia satu...buat pancing toman.
Nanti wak naikkan gambar-gambar yang sebenar hasil dari kerja tangan yang wak dah lakukan. jangan terkejut plak...sbb ianya xler secantik maner.....cuma ianya akan diuji pada Tahun Baru Cina ni di lombong kawasan Tronoh.

Contoh-contoh dan bentuk yang wak buat berdasarkan pada gambar-gambar yang terapat diinternet. Semuanya handmade dan TIDAK menggunakan mesen. Cat wak gunakan "spray" biasa dan kemudian di celup dengan varnish.

No comments: