Monday, May 25, 2009

MANCING UDANG......



Jam 1.45thari, adek wak dari KL dtg rumah ngan isterinya. Wak ajak gi mancing. Kalau ikut musim udang memang ada kat Sungai Muar. Wak turun kat Serom Panggong ngan adek wak. Isterinya gi jugak mcing ngan anak wak yang no: 2, mcing puyu kat sawah Kesang.

Sampai Jeti wak tenggok air macam teh susu...tapi oelh kerana gian sangat wak ngan adek turun jugak. Setelah belepas dari jeti wak rasa air sungai....rasa mcam air batu...sejuk dan berkeladak.

Wak memang agak udang memang payah nak dapat.wak pakai umpan akan udang yang baru wak tangguk di Parit Karang. Tapi melalui pengalaman dan mengetahui selok belok udang....wak gagah juga menongkah harus...kerana waktu air surut. Pada "port" pertama" wak cuma dapat seko jer....Pindah "port" kedua xdapat dan adek wak punya pancing asek sanggkut jer.

Trip kali ni wak cuba nak ajor adek cara mcing udang dlm keadaan air keruh...itu jer.
Pada akhirnya kami cuma dapat naikkan "galah 3 eko" , "seko sepit kuning (adek wak naikkan), yang lain udang telur dan yang kecil.

Tip wak adalah.....(mancing jika air keruh).

1. Guna mata sais 1 atau 2 (yang besar)
2. Umpan anak udang/ikan rainbow/umpun2.
3. Perambut mestilah panjang (sekurang-kurangnya 2 jengkal)
4. Guna batu sais 4 tau 5

Jika guna 5 atau 6 batang joran. 2 batang digunakan berhampiran dengan bot(perahu)dan digantung, maksudnya batunya tidak jejak pada dasar. 3 atau 4 btg lagi di lontar ke tengah sungai "bertangga" (jauh,sepa jauh dan dekat).

Bila ada usikan kali pertama....biarkan. Kali kedua atau ketiga baru sentap (bukan sembat mcam ikan) supaya "mata sais besar mengena pd mana2 bahagian udang". dan kemudian layan. Ingat! Udang galah tidak akan ada reaksi bila kita tarik (mcam tarik sampah).....bersedia jika sudah sampai kepermukaan...tarikannya amat mengenjutkan...hati2 dan layan dengan baik.

Selamat mencuba.

No comments: