Monday, June 22, 2009

MINGGU REHAT....




Minggu ni wak rehat mcing. Penat gi kebun. Ni gambo anak wak ketika mcing kat Serom. Gambo bawah ini ketika mcing kat lombong di Tronoh....dpt ikan "are'". Kalu orang sini panggil ikan rohu.


Dah seminggu ni air sungai kat serom kurang elok. Kawan wak mcing kat jambatan no 2 dapat kat 3kilo...mcing cuma 3jam jer. Tapi udangnya sedang-sedang ajer.

Wednesday, June 17, 2009

CITER LAMA LAGII....

Menurut cerita yang empunya cerita.....air sungai kotor kerana pembuangan sisa kotoran dari sebuah logi penapis air yang terlebih campuran bahan klorin ke dalam sungai...,banyak anak udang yang mati(udang gantung). Ini juga menyebabkan pemancing-pencancing udang "rentong" sejak dua minggu lalu. Tetapi katanya di kawasan Parit Jarom dan mula pulih.....,kawasan Serom masih teruk lagi.
Kawasan Sabak Aur pula masih ada udang....tapi di Pt. Karang "udang gantung dan udang beras dah mula tak banyak".

Minggu depan wak nak ke Lumut dan mungkin mcing kat lombong di Taman U, Tronoh....itupun kalau jadi. Nak cuba pakai cacing dan anak udang. Syok juga layan lampam dan merah mata kat Taman tu. Kalau ada masa nak ke Jambatan Tengku Bainun....Cuma wak gian nak mancing Udang negeri Perak....bukan apa, banyak negeri wak dah pergi sampai ke Sarawak, wak dah naikkan udang tapi di udang Perak wak belum naikkan lagi................

Sunday, June 14, 2009

KELI AFRIKA....



Sabtu dan Ahad wak mancing lagi. Konon nak cari udang untuk bekalan adek dan anak wak di KL. Hancus.....,2 hari mancing dapat 20 eko ajer. Keli Afrika 4 ekor.
Minggu ni air kurang cantik di kawasan serom ,belemang dan sungai mati. Di pt. Jarom air cantik dan ada yang gasak sampai 4 kilo. Wak memang xbiasa mcing disana.....suasananya lain....

Hari Sabtu wak mancing ngan Mak Datin isteri wak. Air sungai keruh sangat...tapi oleh kerana mak datin nak sangat cari udang untuk anak d KL, kami turun jugak. Jam 8.00pagi bertolak dari jeti Serom....

Monday, June 8, 2009

MANCING LAMPAN....

Sabtu lepas 6 Jun 2009 wak mancing kat lombong di Kawasan Taman Sri Iskandar, Tronoh. Lumayan jugak. Banyak betul species kat kolam tu. Dapatlah wak layan lampam, merah mata, selat, baung dan ikan katong. Cuma wak nak ingatkan member-member kaki pancing kat sana tu yang selalu "rentong".............gunalah umpan tradisi, xpayah nak bancuh dedak sampan naik cagu kuku tu...tapi ikan xdpt.

Ikan kat lombong tu tiap hari makan udang dan anak ikan.....itu makanan tradisi...jadi kita pemancing mesti peka bab tu....oleh itu pakai ajer anak udang atau anak ikan...xpayah pakai dedak.

Boleh juga pakai dedak....untuk panggil ikan. Kalau mancing di Kolam Tadahan Macap kat Air Hitam...memang guna dedak untuk panggil ikan sebesar dulang air....itu wak pernah tengok, tapi wak buat xjadi.

Wak mancing kat kolam di Tronoh tu 3 hari.....test ajer. Kat kolam kedua wak test dapat ikan talapia hampir sekola setengah. Umpan anak udang jer....

Tips mancing lombong.
1. Pakai mata kecil dan kepakkan sikit
2. Umpan anak udang...letakkan 3 hingga 5 ekor.
3. Gunakan batu no 3 atau 4.
4. Jika waktu pagi ikan biasanya berada di kawasan tengah tau tepi lebih kurang 10 kaki dari gigi air. Jika tengahari ikan kat bawah rumput atau ditengah-tengah.
5.Guna dedak untuk panggil ikan....setelah dibuat "laman",gunakan anak udang atau cacing.


Selamat mencuba.

Sunday, May 31, 2009

MANCING UDANG......

Semalam wak mcing udang di Sungai Serom. Air nampaknya cantik dan ramai pemancing2 dari luar daerah datang kesini. Tapi sayang air terlalu sejuk dan udang kurang agresif untuk makan.


Turun dengan berbekankan anak udang dan 9 batang joran. Wak dan isteri mulanya berhenti di "port" biasa untuk memasang umpan sambil "test" di "port" situ. Biasanya tempat tu kalau ada udang memang xpernah "miss". Tapi malangnya x seko pon yang wak dapat.



Wak pindah p'port" baru di Kuala Serom 4, dapatlah udang kecil. Mak Aji Isteri wak dapat besar sikit. Kami pindah lagi dibeberapa "port", dan akhirnya wak dapat juga naikan 4 eko sepit kuning (sedang) dan beberapa eko yang kecil. Mak aji...dpt seko sepit kuning dan yang lain kecil.

Pada keseluruhannya wak dapati air sejuk dan penggunaan perambut dan umpan yang tidak sesuai menyebabkan wak xdpt bnyk. Kawan2 yang dari luar daerah ramai yang "rentong". Nak dapat sekilo pon payah.

Antaran panduan mcing bila air sejuk;
1. Bawa umpan yang berbau cth perumpun atau cacing yang telah diberi mkan kuning telor dan tanahnya dgaul dengan daun limau purut.
2. Perambut mestilah panjang..hampir 2 jengkal.
3. Beberapa batang joran hendahlah digantung di tepi perahu...maksudnya batu tidak jejak ke dasan supaya umpan berbuai.
4. Lontar ketengah sungai...seberapa jauh yang mungkin. Udang besar akan merayap ditengah sebab air didasar sungai lebih panas.

Akhirnya wak balik jam 12.45th dengan 1.2kilo bersama mak aji. Hari Rabu ni wak mcing lagi.....

Monday, May 25, 2009

MANCING UDANG......



Jam 1.45thari, adek wak dari KL dtg rumah ngan isterinya. Wak ajak gi mancing. Kalau ikut musim udang memang ada kat Sungai Muar. Wak turun kat Serom Panggong ngan adek wak. Isterinya gi jugak mcing ngan anak wak yang no: 2, mcing puyu kat sawah Kesang.

Sampai Jeti wak tenggok air macam teh susu...tapi oelh kerana gian sangat wak ngan adek turun jugak. Setelah belepas dari jeti wak rasa air sungai....rasa mcam air batu...sejuk dan berkeladak.

Wak memang agak udang memang payah nak dapat.wak pakai umpan akan udang yang baru wak tangguk di Parit Karang. Tapi melalui pengalaman dan mengetahui selok belok udang....wak gagah juga menongkah harus...kerana waktu air surut. Pada "port" pertama" wak cuma dapat seko jer....Pindah "port" kedua xdapat dan adek wak punya pancing asek sanggkut jer.

Trip kali ni wak cuba nak ajor adek cara mcing udang dlm keadaan air keruh...itu jer.
Pada akhirnya kami cuma dapat naikkan "galah 3 eko" , "seko sepit kuning (adek wak naikkan), yang lain udang telur dan yang kecil.

Tip wak adalah.....(mancing jika air keruh).

1. Guna mata sais 1 atau 2 (yang besar)
2. Umpan anak udang/ikan rainbow/umpun2.
3. Perambut mestilah panjang (sekurang-kurangnya 2 jengkal)
4. Guna batu sais 4 tau 5

Jika guna 5 atau 6 batang joran. 2 batang digunakan berhampiran dengan bot(perahu)dan digantung, maksudnya batunya tidak jejak pada dasar. 3 atau 4 btg lagi di lontar ke tengah sungai "bertangga" (jauh,sepa jauh dan dekat).

Bila ada usikan kali pertama....biarkan. Kali kedua atau ketiga baru sentap (bukan sembat mcam ikan) supaya "mata sais besar mengena pd mana2 bahagian udang". dan kemudian layan. Ingat! Udang galah tidak akan ada reaksi bila kita tarik (mcam tarik sampah).....bersedia jika sudah sampai kepermukaan...tarikannya amat mengenjutkan...hati2 dan layan dengan baik.

Selamat mencuba.

...4.15 PETANG


Baru jumper gambar ni untuk tatapan saja.